Page ini masih dalam process ubah suaiharap maklum jika ada sebarang pertanyaan sila isi 'Contact Form' dan SEND terima kasih.

Tuesday, March 9, 2021

Hijjaz - Masjid Darussalam

Sessi soal jawab bersama HIJJAZ

 

Segment KHAS bersama Hijjaz di Masjid Darussalam (Clementi)

Pada Masjid Darussalam kerana membenarkan kami mengunakan dewan masjid untuk acara ini, juga ribuan terima kasih kami kepada semua yang terlibat untuk acara ini Kumpulan Harapan (MAEC Bukit Batok CC), Pn.Herni (bagi pihak Masjid), dan Hjh.Kamisah bagi pihak NNS/Pengerusi Projek 'Segment Khas Bersama HIJJAZ', juga akhir sekali buat kumpulan jemputan dari malaysia iaitu kumpulan HIJJAZ kerana sudi meluangkan masa untuk acara bersama peminat , sangat sangat kami hargai, dan tak lupa jugak peminat juga Ahli Sahabat Hijjaz Singapura Sponsor - Sound System : Sen Loong Entertainment

 
Gambar kiri: persembahan dari Kumpulan Hijjaz dan 
Gambar Kanan Ash-Syifa' bergambar kenangan bersama Hijjaz

Read More HERE

Show Hijjaz (Singapore)

Semalam lama juga ibu bual dengan Fizal (President Hijjaz Entertainment / Sahabat Hijjaz) bertanya khabar dan bertukar2 pandangan berkenaan forum dan nasyid, baru2 ni ibu ke kl tak sempat pulak nak jumpa Faizal dan keluarga dia,tapi sempat jumpa anak-anak buah dia ia itu dari kumpulan UNIC.

Menurut Faizal mereka ada show di Singapura pada....

Show HIJJAZ
Hari: Jumaat 21/10/2004 ia itu esok
Masa: lepas asar
Tempat di: Cause Way point (Bersebelahan Woodland shopping ctr)
Show SOLIHIN
Hari: Sabtu 22/10/2004
Masa: lepas asar
Tempat di: Cause Way point (Bersebelahan Woodland shopping ctr)

Show khas untuk bulan ramadhan ni di bazar ramadhan.

Ibu ada juga pesan VCD Hijjaz, Inteam dan UNIC masa di kl tak sempat mintak Faizal, besok kalau dia tak bawak juga nak kena budak ni kekeke.... Tak salah ibu Solihin juga akan buat persembahan di bazar berkenaan. Tak sabar nak jumpa faizal dan juga Hijjaz, semuga show tu nanti berjalan dengan baik insyAllah.

Kalau senang tu ptg jumaat ni jom kita ramaikan bazar ramadhan di woodland tu kasi support pada Solihin dan Hijjaz. Dan jangan lupa untuk ke bazar tu berbelanja sambil beramal. Jumpa nanti di sana.

Gambar di ambil & di edit oleh: Ibu

Wassalam
Ibu

bumisali

Ibumisali & Hijjaz

Semuanya bermula sebelum Konsert Nasyid Nasional Singapura anjuran Balai Rakyat Ayer Rajah, Pandan Gardens, dan ibu adalah Pengerusi Projek tersebut. Pertama kali projek seperti ini melibakan Balai Rakyat atau PA (Persatuan Rakyat).


Sebelum majlis tu ibu dah mula kenal Fizal (Hijjaz) selalu juga berhubung berkenaan Nasyid dan Show yg bakal di anjurkan, disini bermula titik berperkenalan ibu dan Faizal, alhamdulillah sungguhpun beliau ni sibuk betul orangnya namun kehadiran kami senantiasa di sambut dengan baik di Malaysia.

Ibu buat 2 Trip ke Malaysia sambil berbincang pasal show kami sempat juga melawat pejabat Hijjaz masa tu di perkampungan arqam (tak ingat pulak nama tempat tu) ini di susuli dengan lawatan ibu sekali lagi kesana dan persetuan di capai untuk Hijjaz di bawa ke singapura untuk majlis Konsert Nasyid Nasional Singapura.

Konsert Nasional Nasyid berjalan dengan baik alhamdulillah, selepas kosert sempat juga ibu uruskan tentang penginapan hijjaz di hotel geylang dan juga sebelum itu sempat pergi makan hehe.. dah mlm sempat juga kita pegi makan lapar Hijjaz ni hehe... selepas minta diri terus ibu balik (suara ibu masa tu dah mula perlahan2 hilang, sebenarnya memang tak sihat maklumlah sibuk dengan projek kesihatan pula terganggu sikit)

Awal pagi seperti di janjikan sebelum kami ke Warna Ria Cafe di Woodland sempat kami singgah di sebuat kedai deret S11 di geylang tu.. ni kedai kaset sempat juga tengok cd2 hijjaz yang terdapat di kedai tersebut, tokeh kedai mmg ada perjanjian dengan ibu dia nak sponsor gambar hijjaz di studio hari tersebut, apa lagi bergayalah mamat ni semua :D hehe..


Sempat dorang ajak ibu bergambar sama, Pertama kali bergambar di studio Gambar bersama Hijjaz, masa tu kita dah lambat di mana kita ada appointment satu lagi dengan restaurant Warna Ria Cafe untuk bersarapan bersama Hijjaz dan peminat di Warna Ria Cafe, pengurus di cafe Pn.Shila (suami isteri ketika itu) berbaik hati telah mengaturkan Interview Hijjaz secara LIVE di radio, ibu & Hijjaz interview, mmg seronok dapat buat acara tersebut di mana Hijjaz membuat persembahan LIVE dan bertemuramah juga berinteraksi bersama peminat secara 4 mata dan menerusi Radio, TERIMA KASIH RADIO WARNA (RADIO RASMI MEDIA CORP SINGAPURA)

Tawaran Faizal Hijjaz Pada Ibu

 SHOW HIJJAZ 24/10/2004

Gambar kenangan sewaktu Hijjaz (ibu dan keluarga)
Sebelum show bermula, sempat juga Faizal mempelawa ibu untuk
membantu beliau di Komuniti Sahabat Hijjaz sebagai 'Penasihat, agak terkejut dengan pelawaan tersebut, faizal pula selamba je usik ibu  ' bagus juga jika ibu dapat bantu saya, kalau ibu ada, boleh juga tolong tengok2kan /nasihat2kan petugas dan forummers, ada orang tua ni lain sikit bu, mereka segan sikit'  terasa pulak ketuaan ibu hehe  macam-macam je faizal ni, pandai je nak memujuk.
Terharu pulak bila dia minta tolong dan tanya ibu banyak kali tentang tawaran dia tu, apa lagi jika pelawaan tu datang dari President Hijjaz sendiri, ibu tidak keberatan untuk membantu, ibu sempat beritau Faizal 'Ibu boleh bantu faizal, tak ada masaalah, cuma ibu akan masuk sesekali untuk jenguk dorang tu, jangan harap ibu untuk masuk kerap ye sebab ibu sibuk juga di sini' senyum je Faizal dia tak kisah janji ibu ada dia ok katanya.
InsyAllah ibu akan bantu selagi terdaya, lagi pulak bukannya buat apa sekadar membantu jadi penasihat je, kita dalam dunia nasyid sama tujuan sama wawasan jika tidak boleh sahaja bekerjasama. Negara yang jauh tidak menjadi masaalah pada kita untuk membantu, dunia sekarang ni internetlah yang menyambungkan pertalian antara yang jauh maupun yang dekat. Kepercayaan telah di beri tinggal bantu mana yang patut insyAllah 
Link gambar yg lain boleh lihat di sini -- >
Gambar telah ibu letak di Galeri Fotki Hijjaz

KUNJUNGAN IBU & TULIPZ KE KL

Catitan sewaktu berada di KL 
pada 17, 18,19,20 21 Dec 2004

CORETAN PERJALANAN:
Bertolak dari singapura jam 10.30mlm sampai di KL Pudu Raya nak hampir jam 4 subuh, memandangkan terlalu awal untuk pergi kerumah abai (Faizal) ibu dan lizz carik tempat untuk rehat sementara menanti ada yg ambil kami. Lebih kurang jam 5 pagi tu sempat ibu talipon anak angkat ibu tapi kesian dia lagi tidur, ingat nak pergi dulu rumah dia sebelum pergi rumah Abai. Kami masih di pudu tunggu sampai jam 6pagi, ibu talipon abai beritau yg ibu dah sampai dan akan kesana menaiki teksi. Sampai dpn pintu abai dah tunggu sambut dengan senyuman, kesian dia tak tidur tunggu pun datang, anak abai aisyah (kalau tak salah) ada tunggu juga, yg lain tu semua lagi tidur kami pelan-pelan naik atas dan rehat sampailah jam 9 pagi letih sangat sebab dalam bas tak tidur.Lepas makan tengahari Faizal talipon beritau yg Muaz akan ambil 2 org anak dia untuk video clip 'Untuk MU Ibu' faizal siap suruh ibu dan lizz siap untuk datang kepejabat lihat dorang tu ada buat pengambaran di pejabat baru HME, ini peluang baik dapat lihat macam mana dorang buat pengambaran, dalam sempat ambil artis wanita yg berlakon sama dalam video klip tu. Dalam van ikut sekali sarah (isteri faizal) serta semua anak-anak dia.


Ibu taklama di office sebab dah kebetulan forummers di ksh semua kawan-kawan lizz dan buat temu janji yg tak rasmi saja-saja nak berkumpul di Mid Valley setelah tau yg ibu dan lizz akan datang sana. Kelam kabut juga jam tu nak tengok pengambaran jam tu jugak ada Gathering dengan forumemrs ksh, ingatkan cuma 7 org yg datang tapi rupanya lebih dari tu, mak aii terkejut bibik kejap. Lepas gathering tu sempat ibu main bowling dengan budak-budak tu, hai makcik-makcik sekarangni semua maju ke depan tak mau kalah. Balik dari mid valley tu muaz ambil ibu hantar ke rumah sorang sahabat Hijjaz dimana rumah tu di gunakan untuk pengambaran 'Untuk mu Ibu' wah dapat jumpa sekali kakak yg berlakun jadi ibu dalam video klip tu, anak-anak dia ada juga yg berlakun sekali, wah seronok jugak tengok dorang buat pengambaran tu, habir lebih kurang jam 11 mlm, dari situ kita balik kerumah abai, sambil tunggu syikin sampai mlm tu dari rumah adik dia.

Tak habis tu mlm yg sama dari rumah kakak tadi tu dorang berpindah kerumah munif untuk sambung pengambaran video klip tu, kali ini sekali lagi dapat lihat bagaimana susahnya mereka nak siapkan satu-satu scen pengambaran (bukan senang dorang tu nak buat, siap ambil shot berkali-kali kesian dorang tu mata sorang-sorang makin kecik haha.. nak nak faizal sepet je mata dia. Habis pengambaran tu dalam jam 2.30 pagi ibu dah tak boleh tahan, habis je kami semua balik rumah faizal yg tak jauh dari rumah munif selam 3 rumah je. Semua tidur sampailah pagi letih betul.

Hari kedua: Majlis Walimah TUNA (moderator KSH) pada hari ahad 19/12/04, faizal dah siap suruh semua berkumpul di rumah dia, kita bagi orang naik kereta siapa. Ibu ikut kereta Ariffin bersama, syikin, norma lynn klia dan lizz, macam ikan sardin, mujur budak-budak tu kecik-kecik. Dimajlis tu sempat jumpa pengantin suami isteri cantek kedua mempelai. Lepas majlis walimah tu kita semua ke rumah 2 orang sahabat hijjaz yg kebetulan dua-dua tu baru melahirkan anak. lepas di rumah sahabat hijjaz tu, ariffin hantar kita semua balik, yg seronok tu siap budak-budak sahabat hijjaz tu ikut balik kerumah abai siap satu kereta penuh sesak budak-budak tu ikut. Ibu sempat pelawa norma untuk ikut pergi office PIN (nasyeed.com). Tapi ibu seronok tengok dorang tu ceria semua, ramah-ramah belaka. dorang balik ada dalam jam 10 mlm gitu. Lepas tu kita rehat anak beranak letih sangat esok ada lagi acara ni.

Hari ketiga di sana: Lepas sarapan dengan Faizal sekeluarga, syikin juga ada, kita siap makan nasik lemak instant sedap betul.  


Lepas tu kita ke pejabat HME kali ni siap nyanyi dengan Isman untuk lagu baru UNIC, dah di pelawa makcik ni pun apa lagi tak lepas peluang, sampai siap lagu tu, masa tu di pejabat ada Frizdan (webmaster ksh) Isman (Hijjaz), Fitri (unic) Ito Lara juga adak di pejabat. Lepas dah siap lagu tu isman beritau ibu 'ibu mlm kita masuk studio' dia suruh turun tengok unic rakam lagu baru tu mmg sedap lagu tu, disini dapat juga ibu pelajari macam mana sesuatu rakaman di jalankan, dan betapa seriusnya Isman uruskan (korang kalau tak kuat semangat kena kuatkan dulu hati tu, tapi hasil dari kerja keras isman memang berbaloi, lagu tu mmg baik sekali).



Hari ke Empat: Hari ni pula kita ke Office HME macam biasa, lepas ambil baju untuk Hijjaz gunakan nanti kami semua kira satu kereta dan satu van. Ke karangKraf Sdn untuk sessi Fotogaraphy majalah tak ingat pulak majalah apa (biasalah usia meningkat remaja ni serba tak ingat haha) . Sekali lagi berpeluang melihat bagaimana artis kita ni berposing untuk majalah, macam-macam hal dorang ni, macam-macam gelagat haha.. kita yg tengok turut jadi kecoh belakang cameramen. Hijjaz yg dari tadinya sibuk bergaya depan cameramen, kita yg di belakang cameramen bawa camera sendiri, mulalah snap sana dan snap sini tak mau kalah nak jugak bergaya.


Hari ke Lima: Faizal hantar ibu dan lizz ke Pudu, naik bus ptg jam 3.30 ptg sampai singapura dalam jam 10.30mlm letih sangat akhirnya sampai ke rumah juga mlm tu tidur punyalah sedap.



Ucapan terima kasih khas untuk Faizal/Sarah serta keluarga juga syikin yg sudi bersama-sama kami sewaktu di sana, begitu juga dengan lynn-KLIA dan juga norma, jasamu di kenang, nanti kita buat appt lagi boleh jalan ramai-ramai. Kunjungan kali ni sungguh bermakna dah duduk sana sampai tak ingat dah hari ke 5 disana.

Show & Gathering

KONSERT AMAL

"Malam Damai Kasih"
Tarikh: 5 Mac 2005
Masa: 8:00 Malam
Tempat: Cultural Activity Centre
Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
Anjuran:
Institut Al-Quran Malaysia
(gbr kredit to: otosection.com)

Gambar Kenangan semua Artis yg terlibat untuk acara 
konsert 'Malam Damai Kasih'
Acara yg begitu meriah julung-julung kalinya di adakan di UIA Gombak begitu gilang gemilang sekali dengan atur Acara yg begitu tersusun. Kehadiran Pengunjung yg begitu ramai lebih kurang 6 ribu sehinggakan agak berasak-asak dengan masaalah penonton yg agak lebih dari tempat duduk yg di sediakan. Walaupun demikian dengan keadaan yg tidak begitu selesa namun penuntun yg hadir begitu memahami dan terus memberikan kerjasama untuk acara konsert terus berjalan tanpa ada sebarang masaalah.

Ibu kesian juga pada yg hadir tu tidak dapat tempat duduk termasuk ibu juga anak2 yg kebetulan datang dari jauh iaitu dari singapura, namun dalam kami mencari tempat duduk tu ada satu tempat duduk betul terletak di atas sekali di dewan tingkat 3 kalau tak salah ibu :D satu saja kerusi yg kosong jadi dapatlah ibu duduk, sementara anak2 yg lain termasuk beberapa orang pegawai dan juga dari komuniti KSH yg turut mengiringi ibu pada hari itu terpaksa mengalah dan duduk di tangga (kesian korang naik leyper bontot korang hehehe)

Majlis: Lawatan Kebajikkan Artis HME & Petugas KSH sahaja
Tarikh: 6/3/2005 (sehari selepas show artis HME di UIA)

Waktu: 2ptg selepas zohor * majlis lebih kurang 3 - 4 jam

Petugas KSH Sila Berkumpul di: Balai Islam (KL)

Bayaran: Tiada Makanan ptg & hadiah: Ibu sponsor dan di bantu sama oleh Lizz & Sue

Segment Istimewa Bersama Hijjaz

 

HIJJAZ DI MADRASAH ALJUNIED 8MLM - 10 MLM
BERSEMPENA MAULIDUR RASUL
Di Bugis Junction

nak kata sesat tak sesat carik jalan ke Madrasah Aljunied, tapi akhirnya kami sampai juga. (manalah korang ni bawak ibu.. sabar jelah)



Zack Zali 
(pengurus Hijjaz Singapura)

Apa sajalah yg di bincangkan tu, sampai kyusuk betul isman & Munif mendangarnya, sibuk betul zack hari tu, mana nak siapkan sound system dan kena pula pastikan semua acara persembahan show hijjaz berjalan dengan baik di Madrasah Aljunied.


Hijjaz tanda tangan sijil

Ibu tak kasi peluang hijjaz cabut sebelum dorang tanda tangan sijil-sijil yg ibu bawa tu, kalau tak nanti dorang tu dah hilang, maklum sajalah sdng bersama peminat tu :D sibuklah katakan, Baju Biru tu Faizal (Bekas Mantan KSH) baju Coklat tu pulak President KSH yg baru iaitu Ariffin, dorang lagi kyusuk sdng tanda tangan. Sijil tu khas untuk Para petugas KSH & Forummers aktif di KSH

Faizal dan ibu (bincang)

Apa sajalah yg di bincangkan tu :D, sampai tersengeh ibu dibuatnya.

Nyanyi unplug Hijjaz - Hijjaz Inperson
Sesampai di sana kebetulan acara Hijjaz Inperson telahpun bermula, sebelum acara selesai, mereka sempat mendendangkan sebuat lagu, terpegun yg lain mendengar.

Persembahan dari Hijjaz pada sebelah mlm (menang mantap) tak rugi datang

Sautul Jundil - Madrasah Aljunied
Inilah para penasyid yg tak asing lagi di singapura iaitu Sautu Jundil, muga untuk mereka semua, persembahan baik sekali.

Para Petugas NNS

Para petugas ibu di forum Komuniti Sahabat Hijjaz Malaysia dtg ke spura khas untuk acara segment Khas bersama Hijjaz - terharu ni.. terima kasih kerna sudi bersama kami kendalikan projek tu)


Tuesday, December 21, 2010

Hijjaz - Masjid Darussalam

Sessi soal jawab bersama HIJJAZ   Segment KHAS bersama Hijjaz di Masjid Darussalam (Clementi) Pada Masjid Darussalam kerana membenarkan kami...