Page ini masih dalam process ubah suaiharap maklum jika ada sebarang pertanyaan sila isi 'Contact Form' dan SEND terima kasih.

Tuesday, March 9, 2021

KUNJUNGAN IBU & TULIPZ KE KL

Catitan sewaktu berada di KL 
pada 17, 18,19,20 21 Dec 2004

CORETAN PERJALANAN:
Bertolak dari singapura jam 10.30mlm sampai di KL Pudu Raya nak hampir jam 4 subuh, memandangkan terlalu awal untuk pergi kerumah abai (Faizal) ibu dan lizz carik tempat untuk rehat sementara menanti ada yg ambil kami. Lebih kurang jam 5 pagi tu sempat ibu talipon anak angkat ibu tapi kesian dia lagi tidur, ingat nak pergi dulu rumah dia sebelum pergi rumah Abai. Kami masih di pudu tunggu sampai jam 6pagi, ibu talipon abai beritau yg ibu dah sampai dan akan kesana menaiki teksi. Sampai dpn pintu abai dah tunggu sambut dengan senyuman, kesian dia tak tidur tunggu pun datang, anak abai aisyah (kalau tak salah) ada tunggu juga, yg lain tu semua lagi tidur kami pelan-pelan naik atas dan rehat sampailah jam 9 pagi letih sangat sebab dalam bas tak tidur.Lepas makan tengahari Faizal talipon beritau yg Muaz akan ambil 2 org anak dia untuk video clip 'Untuk MU Ibu' faizal siap suruh ibu dan lizz siap untuk datang kepejabat lihat dorang tu ada buat pengambaran di pejabat baru HME, ini peluang baik dapat lihat macam mana dorang buat pengambaran, dalam sempat ambil artis wanita yg berlakon sama dalam video klip tu. Dalam van ikut sekali sarah (isteri faizal) serta semua anak-anak dia.


Ibu taklama di office sebab dah kebetulan forummers di ksh semua kawan-kawan lizz dan buat temu janji yg tak rasmi saja-saja nak berkumpul di Mid Valley setelah tau yg ibu dan lizz akan datang sana. Kelam kabut juga jam tu nak tengok pengambaran jam tu jugak ada Gathering dengan forumemrs ksh, ingatkan cuma 7 org yg datang tapi rupanya lebih dari tu, mak aii terkejut bibik kejap. Lepas gathering tu sempat ibu main bowling dengan budak-budak tu, hai makcik-makcik sekarangni semua maju ke depan tak mau kalah. Balik dari mid valley tu muaz ambil ibu hantar ke rumah sorang sahabat Hijjaz dimana rumah tu di gunakan untuk pengambaran 'Untuk mu Ibu' wah dapat jumpa sekali kakak yg berlakun jadi ibu dalam video klip tu, anak-anak dia ada juga yg berlakun sekali, wah seronok jugak tengok dorang buat pengambaran tu, habir lebih kurang jam 11 mlm, dari situ kita balik kerumah abai, sambil tunggu syikin sampai mlm tu dari rumah adik dia.

Tak habis tu mlm yg sama dari rumah kakak tadi tu dorang berpindah kerumah munif untuk sambung pengambaran video klip tu, kali ini sekali lagi dapat lihat bagaimana susahnya mereka nak siapkan satu-satu scen pengambaran (bukan senang dorang tu nak buat, siap ambil shot berkali-kali kesian dorang tu mata sorang-sorang makin kecik haha.. nak nak faizal sepet je mata dia. Habis pengambaran tu dalam jam 2.30 pagi ibu dah tak boleh tahan, habis je kami semua balik rumah faizal yg tak jauh dari rumah munif selam 3 rumah je. Semua tidur sampailah pagi letih betul.

Hari kedua: Majlis Walimah TUNA (moderator KSH) pada hari ahad 19/12/04, faizal dah siap suruh semua berkumpul di rumah dia, kita bagi orang naik kereta siapa. Ibu ikut kereta Ariffin bersama, syikin, norma lynn klia dan lizz, macam ikan sardin, mujur budak-budak tu kecik-kecik. Dimajlis tu sempat jumpa pengantin suami isteri cantek kedua mempelai. Lepas majlis walimah tu kita semua ke rumah 2 orang sahabat hijjaz yg kebetulan dua-dua tu baru melahirkan anak. lepas di rumah sahabat hijjaz tu, ariffin hantar kita semua balik, yg seronok tu siap budak-budak sahabat hijjaz tu ikut balik kerumah abai siap satu kereta penuh sesak budak-budak tu ikut. Ibu sempat pelawa norma untuk ikut pergi office PIN (nasyeed.com). Tapi ibu seronok tengok dorang tu ceria semua, ramah-ramah belaka. dorang balik ada dalam jam 10 mlm gitu. Lepas tu kita rehat anak beranak letih sangat esok ada lagi acara ni.

Hari ketiga di sana: Lepas sarapan dengan Faizal sekeluarga, syikin juga ada, kita siap makan nasik lemak instant sedap betul.  


Lepas tu kita ke pejabat HME kali ni siap nyanyi dengan Isman untuk lagu baru UNIC, dah di pelawa makcik ni pun apa lagi tak lepas peluang, sampai siap lagu tu, masa tu di pejabat ada Frizdan (webmaster ksh) Isman (Hijjaz), Fitri (unic) Ito Lara juga adak di pejabat. Lepas dah siap lagu tu isman beritau ibu 'ibu mlm kita masuk studio' dia suruh turun tengok unic rakam lagu baru tu mmg sedap lagu tu, disini dapat juga ibu pelajari macam mana sesuatu rakaman di jalankan, dan betapa seriusnya Isman uruskan (korang kalau tak kuat semangat kena kuatkan dulu hati tu, tapi hasil dari kerja keras isman memang berbaloi, lagu tu mmg baik sekali).



Hari ke Empat: Hari ni pula kita ke Office HME macam biasa, lepas ambil baju untuk Hijjaz gunakan nanti kami semua kira satu kereta dan satu van. Ke karangKraf Sdn untuk sessi Fotogaraphy majalah tak ingat pulak majalah apa (biasalah usia meningkat remaja ni serba tak ingat haha) . Sekali lagi berpeluang melihat bagaimana artis kita ni berposing untuk majalah, macam-macam hal dorang ni, macam-macam gelagat haha.. kita yg tengok turut jadi kecoh belakang cameramen. Hijjaz yg dari tadinya sibuk bergaya depan cameramen, kita yg di belakang cameramen bawa camera sendiri, mulalah snap sana dan snap sini tak mau kalah nak jugak bergaya.


Hari ke Lima: Faizal hantar ibu dan lizz ke Pudu, naik bus ptg jam 3.30 ptg sampai singapura dalam jam 10.30mlm letih sangat akhirnya sampai ke rumah juga mlm tu tidur punyalah sedap.



Ucapan terima kasih khas untuk Faizal/Sarah serta keluarga juga syikin yg sudi bersama-sama kami sewaktu di sana, begitu juga dengan lynn-KLIA dan juga norma, jasamu di kenang, nanti kita buat appt lagi boleh jalan ramai-ramai. Kunjungan kali ni sungguh bermakna dah duduk sana sampai tak ingat dah hari ke 5 disana.

No comments:

Post a Comment

Hijjaz - Masjid Darussalam

Sessi soal jawab bersama HIJJAZ   Segment KHAS bersama Hijjaz di Masjid Darussalam (Clementi) Pada Masjid Darussalam kerana membenarkan kami...