Page ini masih dalam process ubah suaiharap maklum jika ada sebarang pertanyaan sila isi 'Contact Form' dan SEND terima kasih.

Tuesday, March 9, 2021

Ibumisali & Hijjaz

Semuanya bermula sebelum Konsert Nasyid Nasional Singapura anjuran Balai Rakyat Ayer Rajah, Pandan Gardens, dan ibu adalah Pengerusi Projek tersebut. Pertama kali projek seperti ini melibakan Balai Rakyat atau PA (Persatuan Rakyat).


Sebelum majlis tu ibu dah mula kenal Fizal (Hijjaz) selalu juga berhubung berkenaan Nasyid dan Show yg bakal di anjurkan, disini bermula titik berperkenalan ibu dan Faizal, alhamdulillah sungguhpun beliau ni sibuk betul orangnya namun kehadiran kami senantiasa di sambut dengan baik di Malaysia.

Ibu buat 2 Trip ke Malaysia sambil berbincang pasal show kami sempat juga melawat pejabat Hijjaz masa tu di perkampungan arqam (tak ingat pulak nama tempat tu) ini di susuli dengan lawatan ibu sekali lagi kesana dan persetuan di capai untuk Hijjaz di bawa ke singapura untuk majlis Konsert Nasyid Nasional Singapura.

Konsert Nasional Nasyid berjalan dengan baik alhamdulillah, selepas kosert sempat juga ibu uruskan tentang penginapan hijjaz di hotel geylang dan juga sebelum itu sempat pergi makan hehe.. dah mlm sempat juga kita pegi makan lapar Hijjaz ni hehe... selepas minta diri terus ibu balik (suara ibu masa tu dah mula perlahan2 hilang, sebenarnya memang tak sihat maklumlah sibuk dengan projek kesihatan pula terganggu sikit)

Awal pagi seperti di janjikan sebelum kami ke Warna Ria Cafe di Woodland sempat kami singgah di sebuat kedai deret S11 di geylang tu.. ni kedai kaset sempat juga tengok cd2 hijjaz yang terdapat di kedai tersebut, tokeh kedai mmg ada perjanjian dengan ibu dia nak sponsor gambar hijjaz di studio hari tersebut, apa lagi bergayalah mamat ni semua :D hehe..


Sempat dorang ajak ibu bergambar sama, Pertama kali bergambar di studio Gambar bersama Hijjaz, masa tu kita dah lambat di mana kita ada appointment satu lagi dengan restaurant Warna Ria Cafe untuk bersarapan bersama Hijjaz dan peminat di Warna Ria Cafe, pengurus di cafe Pn.Shila (suami isteri ketika itu) berbaik hati telah mengaturkan Interview Hijjaz secara LIVE di radio, ibu & Hijjaz interview, mmg seronok dapat buat acara tersebut di mana Hijjaz membuat persembahan LIVE dan bertemuramah juga berinteraksi bersama peminat secara 4 mata dan menerusi Radio, TERIMA KASIH RADIO WARNA (RADIO RASMI MEDIA CORP SINGAPURA)

No comments:

Post a Comment

Hijjaz - Masjid Darussalam

Sessi soal jawab bersama HIJJAZ   Segment KHAS bersama Hijjaz di Masjid Darussalam (Clementi) Pada Masjid Darussalam kerana membenarkan kami...