Page ini masih dalam process ubah suaiharap maklum jika ada sebarang pertanyaan sila isi 'Contact Form' dan SEND terima kasih.

Tuesday, March 9, 2021

Tawaran Faizal Hijjaz Pada Ibu

 SHOW HIJJAZ 24/10/2004

Gambar kenangan sewaktu Hijjaz (ibu dan keluarga)
Sebelum show bermula, sempat juga Faizal mempelawa ibu untuk
membantu beliau di Komuniti Sahabat Hijjaz sebagai 'Penasihat, agak terkejut dengan pelawaan tersebut, faizal pula selamba je usik ibu  ' bagus juga jika ibu dapat bantu saya, kalau ibu ada, boleh juga tolong tengok2kan /nasihat2kan petugas dan forummers, ada orang tua ni lain sikit bu, mereka segan sikit'  terasa pulak ketuaan ibu hehe  macam-macam je faizal ni, pandai je nak memujuk.
Terharu pulak bila dia minta tolong dan tanya ibu banyak kali tentang tawaran dia tu, apa lagi jika pelawaan tu datang dari President Hijjaz sendiri, ibu tidak keberatan untuk membantu, ibu sempat beritau Faizal 'Ibu boleh bantu faizal, tak ada masaalah, cuma ibu akan masuk sesekali untuk jenguk dorang tu, jangan harap ibu untuk masuk kerap ye sebab ibu sibuk juga di sini' senyum je Faizal dia tak kisah janji ibu ada dia ok katanya.
InsyAllah ibu akan bantu selagi terdaya, lagi pulak bukannya buat apa sekadar membantu jadi penasihat je, kita dalam dunia nasyid sama tujuan sama wawasan jika tidak boleh sahaja bekerjasama. Negara yang jauh tidak menjadi masaalah pada kita untuk membantu, dunia sekarang ni internetlah yang menyambungkan pertalian antara yang jauh maupun yang dekat. Kepercayaan telah di beri tinggal bantu mana yang patut insyAllah 
Link gambar yg lain boleh lihat di sini -- >
Gambar telah ibu letak di Galeri Fotki Hijjaz

No comments:

Post a Comment

Hijjaz - Masjid Darussalam

Sessi soal jawab bersama HIJJAZ   Segment KHAS bersama Hijjaz di Masjid Darussalam (Clementi) Pada Masjid Darussalam kerana membenarkan kami...